Wednesday, June 19, 2013

Countdown Ramadhan

Dalam beberapa hari lagi kita nak berpuasa. so ape yang saya mahu tulis sini adalah untuk sharing ape yg kite bole buat dlm tempoh menunggu ramadhan yg akan tiba dalam beberapa hari je lagi.. exited2!!


Antara Peristiwa Di Bulan Sya'ban

1. Malam Nisfu Sya’ban pada 14 Sya’ban.Keagungan malam Nisfu Sya’ban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’  Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
2. Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya’ban.
3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada bulan Sya’ban tahun kelima hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam
4. Perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

Bacaan Yassin Pada Malam Nisfu Sya'ban

Pada malm Nisfu Sya’ban, disunatkan membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali berturut-turut dengan niat doa yang berbeza-beza sebagaimana berikut :
1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
2. Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
Setiap kali selesai membaca Yaasin,hendaklah membaca doa ini :



Antara Kelebihan bulan Sya'ban :


"Daripada Usamah bin Zaid berkata : Aku berkata kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sunat dalam bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Sya'ban.

Lalu Rasulullah saw bersabda : "Bulan ini adalah bulan yang sering diabaian oleh manusia iaitu bulan di antara Rejab dan Ramadhan dan ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat  menghadap Tuhan semesta alam dan aku suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa. "

(Hadis direkodkan oleh Ahmad, Nasa'ie dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, al-Munziri di dalam sahih al-Jami' dan al-Albani di dalam Silsilah al-Sahihah)
 
Selamat beramal!!~
* malam nisfu syaaban jatuh pada hari ahad 23/6/2013 ni..

Friday, June 14, 2013

My dinner


This is my dinner for today..

Oh spegheti carbonara..

Cobaan 1 2 3

Cobaan 1 2 3.. Baru taw yg bole hapdet ini blog pki hnset..hahaha.. Setelah sekian lama mnyepi tnpa sebarang cerita.. Huhuhu..

Sekian terima kasih..